Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga sebagai suatu penampal disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.
Kaffarah yang dibayar kepada MAIK dimasukkan ke dalam akaun khas TABK yang mana digunakan untuk membeli beras, barang bekalan makanan dan pakaian seterusnya diagihkan kepada fakir miskin di Kedah
Prosedur Membayar Kaffarah di MAIK
Perkiraan boleh dibuat di Baitulmal MAIK dan wakil MAIK di setiap pejabat agama daerah
Jenis-Jenis Kaffarah
Jenis-jenis kaffarah yang berkaitan dengan memberi makan kepada fakir miskin (bersedekah) ialah:
- Kafarah melakukan persetubuhan siang hari pada bulan ramadhan
- memerdekakan seorang hamba
- sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut.
- jika tidak mampu berpuasa,hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.
- Kafarah Zihar
- memerdekakan seorang hamba
- sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut.
- jika tidak mampu berpuasa,hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.
- Kafarah Nazar
- Memberi makan sepuluh orang miskin, atau
- Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, atau
- Memerdekakan seorang hamba.
Jika tidak mampu melakukan tiga pilihan di atas, maka mengikut tertib berikutnya hendaklah dia berpuasa tiga hari samada secara berturut-turut atau tidak berturut-turut. Para fuqaha telah bersepakat bahawa puasa hanya boleh dilakukan jika dia tidak mampu melakukan tiga pilihan di atas.
- Kafarah sumpah
- Memberi makan sepuluh orang miskin, atau
- Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, atau
- Memerdekakan seorang hamba.
- Ila’(sumpah suami untuk tidak menyetubuhi untuk tempoh waktu tertentu)