• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Peranan & Strategi

PERANAN

Maik perlu mengambil tindakan berikut:

  1. Menjadi penasihat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang sedang memerintah di dalam melaksana bidang kuasa agama Islam (Ahli Sunnah Waljama’ah) di negeri Kedah dengan penuh integriti dan akauntabiliti.

  2. Menggubal dasar dan memperakui keputusan dasar berkaitan dengan ajaran Islam yang diputuskan oleh agensi-agensi agama Islam di peringkat persekutuan dengan efektif dan dinamis. 

  3. Memantau dan menyelaras perlaksanaan dasar Islam dan fatwa oleh agensi-agensi pelaksana di peringkat negeri secara istiqamah.

  4. Menyiasat dan membuat dakwaan terhadap kesalahan di bawah perkara-perkara Hukum Syarak bagi melaksana keadilan demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian ummah selaras dengan prinsip-prinsip maqasid syariah.

  5. Mentadbir urus harta dan keperluan asas hidup orang Islam mengikut Hukum Syarak dengan penuh integriti dan akauntabiliti.

  6. Memberi bimbingan dan pendidikan Islam kepada saudara kita (Muallaf) dan orang Islam yang memerlukan pemulihan dan pemantapan aqidah secara terancang, bersepadu dan inovatif .

  7. Memperkasa akidah ummah Islam secara istiqamah dan kompeten melalui program-program dakwah dan hikmat nasihat mengikut ajaran Islam.

  8. Membangun sosial dan ekonomi orang Islam secara istiqamah dan inovatif demi kesejahteraan ummah Islam.

  9. Menjalin kolaborasi dengan agensi pelaksana dan pembuat dasar awam dan swasta di dalam dan di luar negar bagi mempertingkat keberkesanan peranan membangun dan mensejahtera orang Islam.

  10. Mempergiat aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi ke arah memperkasakan peranan. 

STRATEGI

Berpandukan kepada visi dan misi yang dirangka, dalam tempoh lima tahun akan datang, matlamat MAIK ialah:

  1. Memperkasa struktur governan dan tadbir urus terbaik dalam penggubalan dan perlaksanaan dasar Islam serta pengurusan sumber-sumber.

  2. Mempertingkatkan prasarana ICT dan aplikasi sistem komputer bersepadu secara komprehensif.

  3. Pengurusan hasil, perbelanjaan dan pelaburan kewangan yang berwibawa dan telus.

  4. Pengurusan dan agihan harta umat Islam secara istiqamah dan kompeten.

  5. Mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan orang Islam.

  6. Mempertingkatkan pendapatan tahunan MAIK dan orang Islam melalui projek-projek pembangunan fizikal yang berdaya maju dan sewaan secara cekap dan terancang.

  7. Memperkasa kefahaman dan akidah saudara Islam yang baru mengenali Islam dan orang Islam yang tersasar akidah.

  8. Mempergiat aktiviti kolaborasi,penyelidikan dan inovasi bagi memperkasa peranan utama MAIK.

 

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 Ogos 2017
Ezyweb Content Management System