Pengenalan
Bahagian Wakaf bertanggungjawab mengurus, menyusun, menyelaras dan mengawal aktiviti berkaitan dengan harta wakaf. Kewujudan Bahagian Wakaf telah memberi pelbagai sumbangan kepada masyarakat Kedah di dalam membangun dan meningkatkan taraf hidup serta sosio – ekonomi mereka. Bahagian ini dibahagikan kepada lima unit utama.
Peranan
Bahagian Wakaf bertanggungjawab melaksaa dua peranan utama :
- Mengurus tadbir harta wakaf mengikut hukum syarak.
- Membangun harta wakaf untuk kesejahteraan dan pembangunan sosial dan ekonomi orang Islam.
Piagam Pelanggan
Pelanggan Wakaf terdiri daripada pewakaf, pemohon tanah kerajaan, pemohon cadangan pengambilan tanah, penyewa tanah wakaf, pemohon hasil wakaf khas dan Bahagian Pembangunan Hartanah. Kepada mereka, Bahagian Wakaf menjanjikan yang berikut :
- Memproses permohonan wakaf melalui borang 14A (KTN - borang pindah milik untuk semua bahagian tanah / semua bahagian pewakaf / melebihi 1 ekar) tidak melebihi 3 minggu dan borang 12B (untuk sebahagian tanah) tidak melebihi 4 minggu selepas permohonan diterima.
- Mengemuka permohonan tanah kerajaan kepada Pejabat Tanah Daerah dalam tempoh 3 minggu selepas permohonan diterima.
- Memproses pengambilan tanah mengikut prosedur dan dalam tempoh 2 tahun.
- Memproses permohonan untuk menyewa tanah mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima.
- Memproses permohonan pengeluaran hasil wakaf khas dalam tempoh 4 minggu selepas menerima permohonan.
- Menyedia laporan tanah selepas lawatan tapak dibuat dalam masa seminggu.