REALITI DAN CABARAN YANG DIHADAPI
Baitulmal Negeri Kedah merupakan satu badan yang “unik” yang bangun dengan sendirinya tanpa bergandingan dengan pihak zakat. Hal yang demikian telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang amat ketara di antara Baitulmal Negeri kedah dan Baitulmal negeri-negeri lain di Malaysia.
Pihak Pentadbiran Baitulmal Negeri Kedah dari semasa ke semasa terpaksa berusaha mempelbagaikan aktiviti ekonomi bagi menjana perolehan hasil yang berterusan. Hasil daripada kepelbagaian aktiviti Baitulmal itulah yang akan diagihkan kepada umat Islam di negeri Kedah yang memerlukannya,
Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak Baitulmal ialah di mana ia terpaksa berhadapan dengan segologan masyarakat di negeri Kedah yang tidak memahami bahawa Baitulmal Negeri Kedah tidak sepertimana Baitulmal dinegeri-negeri lain yang bergandingan dengan pihak zakat. Pihak Pentadbiran Baitulmal Negeri Kedah tidaklah dapat memberikan bantuan dengan kadar yang begitu banyak sepertimana yang diberikan oleh pihak Baitulmal negeri-negeri lain.