• Facebook
  • RSS
  • QR Code
  • You Tube
Header

Perutusan YDP

TITAH PERUTUSAN DULI YANG TERAMAT MULIA
YANG DIPERTUA MAIK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Saya panjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam, keluarga dan para sahabat baginda.

Ucapan terima kasih dan selamat datang kepada semua warga maya yang sudi berkunjung ke laman web Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

MAIK perlu mengadakan Pelan Perancangan Strategik yang akan menetapkan visi, misi dan arah tuju strategik untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan ianya ditadbir urus dengan baik.

Semua kakitangan MAIK perlu mengamalkan Kod Etika Dalam Perkhidmatan Awam dengan penuh integriti bagi memastikan perkhidmatan ataupun output yang dihasilkan memberi nilai faedah yang terbaik kepada masyarakat.

 
Akhir kalam, saya panjatkan doa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar masyarakat Islam khususnya di Negeri Kedah Darul Aman mendapat manfaat melalui medium laman web rasmi MAIK.

Sekian, wasalam.

 

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU SARAFUDIN BADLISHAH IBNI AL AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN, DMK., DSDK., SSS.
Yang DiPertua
Majlis Agama Islam
Negeri Kedah Darul Aman

 

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Selasa, 20 Oktober 2020
Ezyweb Content Management System