Wang atau harta tidak patuh syariah ditakrifkan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.
Penggunaan Wang Tidak Patuh Syariah
Melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:
“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
Serahan Wang Tidak Patuh Syariah Kepada MAIK
Bahagian Baitulmal melalui Unit TABK menerima wang tidak patuh syariah yang ingin diserahkan oleh orang Islam untuk disalurkan bagi kegunaan seperti yang digariskan oleh hukum.
Orang awam yang ingin menyerahkan wang/harta tidak patuh syariah boleh hadir ke Baitulmal MAIK untuk urusan selanjutnya di mana resit terimaan akan dikeluarkan oleh MAIK.