• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Lain-lain Perkhidmatan PUSBA

  1. Sesi kaunseling

    Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan saudara baru.

  2. Khatan/Khitan

    Peserta lelaki/perempuan yang belum dikhatan/dikhitan akan berkhatan/berkhitan di klinik yang diuruskan oleh PUSBA.

  3. Perkahwinan

    Membantu menyediakan affidavit mahkamah dan menguruskan perkahwinan untuk peserta saudara baru yang tiada keluarga angkat untuk menolong menguruskan pernikahan mereka.

  4. Majlis Menghayati Hari Kebesaran Islam

    Majlis Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Maal Hijrah, Sambutan Maulidur Rasul, Praktikal Penyembelihan Ayam.

  5. Penukaran Kad Pengenalan

    Membantu peserta saudara baru untuk menukar kad pengenalan lama mereka kepada nama Islam supaya mengelakkan mereka mengambil kesempatan untuk kembali kepada agama asal.

  6. Lawatan

    Mengadakan lawatan sambil belajar di sekitar negeri Kedah dan luar negeri Kedah pada setiap penghujung kursus intensif 4 bulan.

  7. Khemah Ibadah

    Mengadakan kursus khemah ibadah pada setiap penghujung sesi sebagai kemuncak program kursus intensif 4 bulan.

  8. Kursus Kemahiran

    Memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti kursus kemahiran yang diadakan di Kolej Komuniti seperti :

    1. Kursus pembaikan automotif
    2. Sulaman manik
    3. Proses soya tau fu fah dan sebagainya

  9. Bantuan Modal Memulakan Perniagaan

    Memberi bantuan modal kepada saudara baru yang ingin memulakan sesebuah perniagaan sebanyak RM 3000.00 seorang.

  10. Bantuan Sewa Rumah

    Memberi bantuan sewa rumah kepada saudara baru yang daif supaya mendapat tempat tinggal yang selesa.

  11. Bantuan Wang Saku Pendidikan

    Bekas pelajar PUSBA yang melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA/IPTS, pondok atau madrasah akan diberi wang saku pendidikan sebanyak RM200.00 sebulan.

  12. Saguhati Pengantin Baru

    Bakal pengantin saudara baru yang pernah belajar di PUSBA akan diberi wang saguhati pengantin sebanyak RM1,000.00 seorang.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 12 Oktober 2017
Ezyweb Content Management System