• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Proses Kerja Pengurusan Wakaf Kaki

Proses Kerja Pengurusan Wakaf Kaki pada asasnya adalah sama dengan pengurusan wakaf melainkan proses wakaf tidak disediakan dan tanah hanya dihebah kepada MAIK. Pihak pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Pemohon hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa kerja pengurusan wakaf kaki yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira.

  2. Jawatankuasa hendaklah menyediakan tanah cadangan wakaf kaki.

  3. Jawatankuasa hendaklah menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi memperolehi tanah dan belanjawan pengurusan jawatankuasa.

  4. Menyediakan surat permohonan dan kertas kerja wakaf kaki kepada Pegawai Agama Daerah.

  5. Tanah yang dicadangkan hendaklah dihebah kepada MAIK terlebih dahulu dan didaftar nama MAIK.

  6. Mendapatkan kebenaran mengadakan program wakaf kaki dan kebenaran membuka akuan khas wakaf kaki.

  7. Jawatankuasa hendaklah mencadangkan senarai nama penerima wakalah untuk menjual dan menerima wakaf bagi pihak MAIK.

  8. Penerima wakalah hendaklah warganegara Malaysia, beragama Islam, dan cukup umur.

  9. Penama-penama yang dicadangkan hendaklah menerima wakalah daripada Yang Di Pertua MAIK dan mnerima sjil wakalah.

  10. Penerima wakalah tidak dibenarkan mewakilkan kepada orang lain tanpa kebenaran MAIK untuk menjual dan menerima wakaf bagi pihaknya.

  11. Penerima wakalah hanya dibenarkan untuk menjual dan menerima wakaf kaki di dalam Kedah sahaja.

  12. Penerima wakalah hendaklah menunjukkan sijil wakalah semasa menjual dan menerima wakaf kaki dan menggunakan sijil wakaf yang dicop MAIK.

  13. Jawatankuasa hendaklah menyediakan sijil wakaf kaki mengikut format yang ditetapkan oleh MAIK dan sijil wakaf kaki hendaklah dicop MAIK.

  14. Penerima wakalah hendaklah merekodkan wang jualan wakaf kaki dan menyerahkan kepada bendahari.

  15. Penerima wakalah dibenarkan oleh MAIK untuk mengambil wang saguhati tidak melebihi 10% daripada jualan wakaf kaki.

  16. Jawatankuasa hendaklah menyediakan penyata kewangan jualan wakaf kaki yang telah disahkan untuk semakan pihak MAIK.

  17. Pihak MAIK pada bila-bila masa boleh mengaudit dan memeriksa akaun wakaf kaki yang telah diperolehi.

  18. Jawatankuasa hendaklah mendapatkan kebenaran MAIK untuk menggunakan hasil jualan wakaf kaki untuk tujuan-tujuan tertentu.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 Ogos 2017
Ezyweb Content Management System