Pengenalan
Bahagian Pembangunan Hartanah diwujudkan pada tahun 2011 sebagai memenuhi keperluan MAIK untuk melaksana dasar dan menyedia perkhidmatan berkaitan dengan pengurusan pembangunan hartanah umat Islam dengan lebih cekap dan berkesan. Peranan ini sebelumnya dilaksana oleh Bahagian Baitulmal dan Wakaf.
Sungguhpun demikian, berikutan tuntutan untuk mengurus hartanah semakin meningkat, maka Bahagian Pembangunan Hartanah diwujudkan untuk membolehkan MAIK menumpukan kepada fungsi ini dengan lebih berkesan. Bahagian ini melaksana empat fungsi utama mengikut unit-unit yang diwujudkan iaitu Unit Pengurusan Projek dan Unit Pengurusan Am, Unit Pengurusan Fasiliti dan Unit Kawalan dan Penguatkuasaan.
Peranan
Bahagian Pembangunan Hartanah bertanggungjawab memaju dan membangun aset dan hartanah MAIK mengikut undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa dan hukum syarak. Tumpuan perlaksanaan peranan ialah demi kesejahteraan pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam di negeri Kedah. Secara khususnya, peranan Bahagian Pembangunan ialah :
Piagam Pelanggan
Pelanggan kami terdiri daripada penyewa dan agensi-agensi negeri. Kepada mereka, Bahagian Pembangunan Haranah menjanjikan yang berikut :