• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Pengenalan

Pengenalan

PUSBA ialah sebuah Pusat Bimbingan Islam, ditubuhkan pada 08 Mac 1998. Kos pembinaan dan perbelanjaan operasinya dibiayai oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pada asalnya PUSBA ditubuhkan bagi menangani gejala murtad dikalangan saudara baru dan orang Islam asal sebagai melaksana resolusi supaya diwujudkan sebuah pusat khusus Bagi memberi pendidikan mengenai ajaran Islam terhadap mereka. Walau bagaimanapun, berpunca daripada perubahan dan tuntutan masyarakat semasa, kini PUSBA juga berperanan sebagai pusat menyebar ajaran Islam di kalangan orang bukan Islam dan pusat pengukuhan kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan orang Islam khususnya rakyat di Negeri Kedah.

PUSBA beroperasi di sebuah bangunan tiga tingkat bernilai RM3.16 juta di Sungai Petani sejak 1 April 1999. Lokasinya agak strategik untuk peranan yang dipertanggungjawabkan. Terdapat juga keperluan untuk mempertingkatkan operasi berikutan daripada cabaran sosial semasa yang sedang berlaku. Walau bagaimanapun, prasarana asas semasa yang ada di Pusat ini agak terhad bagi menampung peserta yang lebih ramai. Pusat ini hanya menyediakan 16 buah bilik asrama lelaki dan perempuan, 4 buah bilik kuliah, sebuah perpustakaan, dewan serbaguna, dewan makan dan surau (200 jemaah).

Tadbir urus operasi PUSBA diketuai oleh Pengetua yang bertanggungjawab kepada Lembaga Tadbir. Beliau mengetuai dua buah bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan Bahagian Pendidikan dan Kaunseling.


Peranan

PUSBA melaksanakan tiga peranan utama berikut :

  1. Penyedia perkhidmatan pendidikan asas Islam secara intensif.

  2. Penyediaan perkhidmatan pemulihan dan pemantapan aqidah.

  3. Penyediaan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan.


Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan Pusat menetapkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah efisyen dan memuaskan :-

  1. Menyedia prasarana bimbingan dan pendidikan yang sempurna sepanjang tempoh kursus.

  2. Memberi bimbingan asas Islam sepanjang tempoh kursus mengikut silibus.

  3. Memastikan saudara baru meningkat kefahaman dalam masa empat bulan.

  4. Memastikan pelajar lulus mengikut tahap yang ditetapkan selepas tamat kursus.

  5. Menerima peserta daripada pelbagai pihak dan agensi.

  6. Menyedia laporan tahunan lengkap kepada stakeholders pada setiap awal tahun berikutnya.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 Ogos 2017
Ezyweb Content Management System