• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Pengenalan

Pengenalan

Baitulmal Negeri Kedah wujud pada tahun 1962 dibawah Seksyen 102 dan 172 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No. 9 Tahun 1962, dan dilaksana sepenuhnya melalui Akta Kerajaan Kedah pada 12 Mac 1970. Baitulmal yang ada sekarang berperanan mengikut peruntukan Seksyen 47, Enakmen Pentadbiran Undang-Undag Islam Kedah Darul Aman 2008. Selepas pengstrukturan semula fungsi, Bahagian Baitulmal dibahagikan kepada enam unit utama.


Peranan

Bahagian Baitulmal bertaggungjawab melaksana tiga peranan utama berikut bertujuan meningkatkan hasil MAIK demi kesejahteraan dan pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam di negeri Kedah :

  1. Mengurus perolehan faraid dari harta pusaka, hasil sewa tanah, sewa bangunan dan aset serta hasil wakaf am mengikut Hukum Syarak.

  2. Mengurus perolehan harta tidak patuh syarak dan barangan luqatah mengikut peraturan / undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Jabatan Agama Islam.

  3. Mengurus agihan bantuan mengikut Hukum Syarak.


Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan Bahagian Baitulmal menetapkan perkara-perkara berikut perlu dipatuhi untuk memastikan khidmat yang diberi kepada pelanggan adalah efisyen dan memuaskan :

  1. Melaksanakan urusan penyewaan tanah mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan bagi pemohon yang terdiri daripada waris si mati, penama dalam geran, pengusaha tanah atau orang ramai dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima.

  2. Mengurus permohonan pembelian tanah pangguan Baitulmal daripada pemohon dalam tempoh 45 hari selepas permohonan diterima.

  3. Mengurus permohonan bantuan pendidikan dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan diterima.

  4. Mengurus permohonan bantuan kecemasan di antara 20 hingga 60 minit mengikut jenis kecemasan dan tempoh siasatan selepas permohonan diterima.

  5. Mengurus permohonan bantuan pembaikan masjid dan surau dalam tempoh 45 hari selepas permohonan diterima.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Jun 2017
Ezyweb Content Management System