Apakah hukumnya meninggalkan solat dengan sengaja?
Hukum meninggalkan solat adalah berdosa. Sekiranya seseorang Islam mengingkari kewajipan solat maka, boleh membawa kepada murtad. Sebagai seorang muslim yang baik maka perlulah kita selalu ingat - memperingati mengenai tanggungjawab melaksanakan solat dan selalulah berdoa kepada Allah S.W.T. agar kita diberi hidayah dan petunjuk daripada Allah S.W.T. Solat merupakan perkara utama yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Sekiranya solat tidak sempurna maka ia perlu menjalani hukuman/ seksa daripada Allah S.W.T. sehingga selesai hukuman barulah amalan itu dikira oleh Allah S.W.T.