Apabila seseorang ingin mewakafkan harta miliknya ke jalan Allah S.W.T. hanya perlu menyediakan beberapa perkara seperti berikut :
- Pemohon perlu mengisi borang lafaz wakaf am/ khas di Pejabat Agama Daerah masing-masing dengan di sertakan salinan kad pengenalan, surat hakmilik tanah yang asal,resit cukai tanah dan pelan kawasan yang akan di wakafkan.
- Setelah semua maklumat telah lengkap diisi, pemohon hendaklah melafazkan ikrar wakaf dihadapan Khadi/ Pegawai Agama Daerah masing-masing.
- Pemohon juga perlu mengisi dan menandatangani borang 14A / 12B bagi permohonan pindahmilik tanah di hadapan pentadbir tanah Daerah yang berkenaan.
- Kemudian pihak Pegawai Agama Daerah akan menyerahkan permohonan tersebut kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk dibuat permohonan wakaf tanah dan menjadi hakmilik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.