• Facebook
  • RSS
  • QR Code
  • You Tube
Header

Skim Dana Wakaf UUM

SKIM DANA WAKAF UUM

Menurut peruntukan Seksyen 52 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008, Majlis Agama Islam Negeri Kedah adalah merupakan pemegang amanah tunggal bagi wakaf, nazar dan amanah di dalam negeri Kedah Darul Aman. Pada 19 September 2019, termeterainya satu Memorandum Perjanjian bagi penubuhan Skim Dana Wakaf Universiti Utara Malaysia.

Dengan termeterainya perjanjian usahasama ini, maka secara rasminya MAIK memberi kebenaran dan kepercayaan kepada UUM untuk melaksanakan kutipan Skim Dana Wakaf Universiti Utara Malaysia bagi tujuan pendidikan dan pembangunan modal insan untuk manfaat dan faedah pelajar.

UUM juga serta secara tidak langsung memainkan peranan sebagai penggerak di dalam amalan wakaf dan sedekah jariah khususnya kepada warga kerja kampus dan masyarakat yang ingin menyumbangkan dana wakaf sama ada melalui potongan gaji dan sebagainya.



PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN

1. Pembayaran secara SnapNPay - Pilih Dana Wakaf UUM

2. Pembayaran secara JomPAY

 
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Isnin, 27 September 2021
Ezyweb Content Management System