• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Sejarah Pengurusan Baitulmal

SEJARAH PENGURUSAN BAITULMAL, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH 

Baitulmal Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan pada tahun 1962 secara rasminya di bawah peruntukan  Seksyen 102 dan 172 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No 9 Tahun 1962. Pihak pentadbiran Baitulmal telah membuat penambahbaikan di dalam pengurusan hartanah Baitulmal dengan mewujudkan Kaedah Pengurusan Baitulmal pada 12 Mac 1970 mengikut Warta Kerajaan Bil. 7 Tahun 1970.

Dengan adanya peraturan ini, maka Baitulmal menjalankan aktivitinya dan dibawah peraturan tersebut juga dilantik sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Baitulmal.

Jawatankuasa ini mengandungi tidak lebih daripada 6 orang ahli yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah manakala Setiausaha Baitulmal menjadi Setiausaha Jawatankuasa ini. Baitulmal Negeri Kedah Darul Aman terletak di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017
Ezyweb Content Management System