• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Peraturan / Panduan Potongan Gaji Skim Dana Wakaf Tunai

1.  Borang ini hendaklah diisi oleh pewakaf dalam empat (4) salinan dengan menggunakan pena mata bola
2.  Segala maklumat hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan huruf besar.
3.  Pemohon adalah bertanggungjawab memastikan potongan gaji dibuat oleh majikan dan memberitahu majikan sekiranya ingin membuat sebarang perubahan.
4.  Sila isi sebarang pindaan pengurangan atau penambahan sumbangan di ruang yang disediakan.
5.  Sekiranya berlaku pertukaran alamat tempat bertugas sila maklumkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
6.  Semua sumbangan dan cek ditulis atas nama Kumpulan Wang Majlis Agama Islam Kedah (Bank Islam Malaysia Berhad No. Akaun 02011010040054)

Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Bangunan Wan Mat Saman
Jalan Raja 05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
maik.gov.my
Tel : 04-734 3755   Faks : 04-731 6634

7.   Borang yang telah lengkap di isi (4 salinan) hendaklah diserahkan kepada majikan jabatan masing-masing untuk proses pemotongan gaji bagi Skim Dana Wakaf Tunai.
8.   Borang "SALINAN MAIK" yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada MAIK, "SALINAN MAJIKAN" hendaklah disimpan sebagai rekod majikan. "SALINAN PEMOHON" pula perlu diserahkan kepada pemohon untuk rekod peribadi manakala "SALINAN BENDAHARI NEGERI" hendaklah diserahkan kepada Bendahari Negeri untuk tujuan proses pemotongan gaji.
9.   Pihak majikan hendaklah membuat potongan gaji pada kadar segera.
10. Sumbangan wakaf tunai hendaklah dihantar kepada MAIK sebelum atau pada 10 haribulan bulan berikutnya bersama butiran berkaitan senarai nama, No. kad pengenalan, No. gaji dan jumlah potongan wakaf bulanan.
11. Sumbangan wakaf tunai akan dikreditkan pada tarikh penerimaan pembayaran. Slip sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji akan dihantar kepada majikan sebagai bukti penerimaan bayaran.
12. Penyata rasmi sumbangan Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Kedah atas nama pewakaf akan dihantar pada awal tahun berikutnya dan dialamatkan kepada majikan.
13. Sekiranya pewakaf ingin membuat pemberhentian sila maklumkan kepada majikan.


Muat turun Borang Kebenaran Potongan Gaji Skim Dana Wakaf Tunai

# Pekeliling Potongan Gaji Kakitangan Awam Negeri Kedah bagi Melaksanakan Kutipan Skim Dana Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 Ogos 2017
Ezyweb Content Management System