• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Kad Perakuan Nikah Pintar (KPNP)

  1. Di manakah KPNP yang telah siap boleh di ambil?

    KPNP yang telah siap boleh di ambil di Pejabat Agama Daerah di mana borang permohonan KPNP diserahkan.

  2. Berapa lamakah tempoh masa yang di ambil untuk mengeluarkan KPNP?

    Kad Perakuan Nikan Pintar (KPNP) itu akan siap dalam masa 3 bulan dari tarikh permohonan.

  3. Di manakah borang permohonan KPNP perlu diserahkan?

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan bersama resit asal pembayaran ke Pejabat Agama Daerah yang mengeluarkan kebenaran berkahwin atau sijil nikah.

  4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon KPNP?

    Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah :

    Gambar warna berukuran passport berlatarbelakang biru, suami wajib memakai songkok dan isteri wajib bertudung (bukan gambar segera) – 2 keping seorang
    Salinan sijil nikah. (Sila bawa bersama sijil nikah asal).
    Salinan kad pengenalan / pasport suami dan isteri yang disahkan.
    Resit asal pembayaran.

  5. Berapakah bayaran permohonan KPNP?

    Bayaran permohonan KPNP adalah sebanyak RM40.00 bagi sepasang kad.

  6. Di manakah borang permohonan KPNP boleh didapati?

    Borang permohonan KPNP boleh didapati di Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.

  7. Siapa yang layak memohon?

    Setiap pasangan beragama Islam yang memohon kebenaran berkahwin ataupun yang telah berkahwin dan mempunyai sijil nikah di Negeri Kedah Darul Aman boleh memohon Kad Perakuan Nikah Pintar (KPNP).

  8. Bilakah KPNP mula dilaksanakan di Negeri Kedah?

    KPNP dilaksanakan di Negeri Kedah mulai 01 Mac 2010.

 

 

 

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 12 Oktober 2017
Ezyweb Content Management System