• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

WAKAF TUNAI

  1. Apakah syarat “pewakaf” ?

    1. Islam ;
    2. Baligh ;
    3. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya;
    4. Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh olehPewakaf ; 
    5. Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa ;
    6. Ahli tabarruk (tidak diisytihar muflis/mempunyai tanggungan hutang)

  2. Bolehkah memberi wakaf dalam bentuk wang tunai?

    1. Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam. (Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10- 12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu). 
    2. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 31 Mac 2009 telah membuat keputusan wakaf tunai harus dilaksanakan di negeri Kedah Darul Aman.

  3. Bagaimanakah kaedah untuk menyertai Skim Dana Wakaf Tunai MAIK?

    1. Perkhidmatan kaunter di MAIK dan pejabat agama daerah;
    2. Bank-in atau Auto-debit melalui bank-bank tempatan ke akaun KUMPULAN WANG MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH (02011010040054-BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD) ;
    3. Potongan gaji kakitangan awam persekutuan melalui Yayasan Waqaf Malaysia (Kod 4474) ;
    4. Cek dalaman/ tempatan

  4. Berapakah jumlah amaun minimum atau maksimum untuk berwakaf?

    Tiada jumlah minimum atau maksimum ditetapkan untuk seseorang berwakaf.

  5. Adakah dibenarkan sekiranya pelanggan bukan warganegara Malaysia berwakaf?

    Ya. Sesiapa sahaja boleh berwakaf walaupun bukan warganegara.

  6. Kemanakah dana wakaf akan disalurkan? 

    Dana wakaf akan dikumpulkan di dalam satu tabung khas dan akan disalurkan untuk tujuan kebajikan umat Islam seperti pembinaan masjid, pendidikan, tanah perkuburan, bangunan perniagaan dan pelaburan.

  7. Adakah pelanggan dari negeri lain boleh berwakaf? 

    Orang ramai selain dari negeri Kedah juga boleh menyumbang kepada skim dana wakaf tunai ini.

  8. Bolehkah memberi wakaf untuk membina gereja atau rumah ibadat orang bukan Islam? 

    Tidak harus seorang Islam mewakafkan hartanya kepada gereja atau seumpamanya kerana ia membawa kepada perbuatan maksiat.
    (al-Fiqh al-Manhaji: Bab wakaf)

  9. Apakah hukum wang yang telah dikumpul daripada orang ramai(hasil dana wakaf tunai) dilaburkan sebelum dibeli ganti dengan harta wakaf/aset kekal?

    Adalah harus ke atas “mauquf alaih” (orang yang menguruskan wakaf) melabur wang yang terkumpul sebelum dibeli ganti harta wakaf. 
    (Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman pada 31 Mac 2009 Bersamaan 4 Rabiul Akhir 1430).

  10. Adakah terdapat perbezaan antara wakaf, sedekah dan zakat? 

    Wakaf : menyumbang harta kekal bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada allah dan untuk kebajikan umat Islam.Contoh seperti mewakafkan tanah untuk tapak masjid yang kekal selama- lamanya.

    Sedekah : menyumbangkan harta/wang yangbersifat tidak kekal penggunaanya untuk tujuan kebajikan.Contoh seperti sedekah wang ringgit kepada fakir miskin untuk kegunaan harian, makan, bayaran utiliti dan sebagainya.

    Zakat : mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

  11. Apakah kelebihan berwakaf dengan Skim Dana Wakaf Tunai MAIK?

    "Sumbangan derma dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 No.Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-1’’
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Jun 2017
Ezyweb Content Management System