• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Pengenalan

 

PENGENALAN

Pengurusan Izzah Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) di bawah Peruntukan Seksyen 7A Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Kedah dengan rasminya pada 7/9/1998 dengan modal berbayar sebanyak RM 250,002.00. Namun demikian, syarikat mula beroperasi sepenuhnya sekitar Jun 2002 dengan mempunyai 3 orang kakitangan.

Syarikat Pengurusan Izzah secara keseluruhannya ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang terdiri daripada lima orang ahlinya iaitu :

Pengerusi Syarikat

  1. Ahli Lembaga Pengarah (dari kalangan ahli perniagaan)

  2. Ahli Lembaga Pengarah (dari kalangan ahli perniagaan)

  3. Ahli Lembaga Pengarah (dari kalangan profesional)

  4. Ahli Lembaga Pengarah (dari kalangan profesional)

Dalam operasi harian, syarikat ini diuruskan oleh seorang Pengurus. Beliau bertanggungjawab di dalam menguruskan kesemua bidang pengurusan syarikat termasuk hal-hal pengurusan hartanah.

Segala kerja-kerja pentadbiran akan dikendalikan oleh dua orang kakitangan iaitu Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Syarikat. Semasa menjalankan tanggungjawab, Pengurus dibantu oleh Akauntan yang menguruskan kewangan syarikat, Setiausaha atau wakil cukai, Juruaudit dan Penasihat Undang-undang yang telah dilantik.

OBJEKTIF SYARIKAT

  1. Menjadikan sebuah syarikat Majlis Agama Islam yang terbaik di Malaysia dan seterusnya menjadi contoh dan model kepada lain-lain Majlis Agama Islam Negeri.

  2. Menambahkan nilai serta memajukan harta-harta Wakaf dan Baitulmal dengan baik mengikut lunas-lunas Islam.

  3. Menggunakan sumber-sumber yang ada di MAIK agar dapat menjana keuntungan yang maksimum yang mana akan digunakan semula untuk memajukan ummah agar menjadi sebuah majlis yang terbaik.

  4. Menguruskan harta-harta Wakaf dan Baitulmal dengan lebih profesional.

FUNGSI

Organisasi yang bertanggungjawab terhadap :-

  1. Pengurusan dan pembangunan Hartanah yang dimiliki oleh Baitulmal dan Wakaf MAIK.

  2. Membangunkan dan mewujudkan rangkaian perniagaan kedai runcit diseluruh Masjid Negeri Kedah.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

  1. Pengurusan Izzah Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kedah dengan rasmi pada 1998 dan operasi perniagaan telah bermula di peringkat awal pada 02 Jun 2002 dengan modal berbayar RM 250,002.00.

  2. Ianya adalah sebuah organisasi perniagaan yang berlandaskan hukum syarie.

  3. MAIK adalah pemilik tunggal Syarikat dan pihak Syarikat bertanggungjawab sepenuhnya kepada MAIK.

  4. Walau bagaimanapun sebagai sebuah Syarikat arah tujunya adalah untuk mencapai keuntungan kepada pemiliknya di samping tanggungjawab sosial dan amanah yang diberikan kepada MAIK. Segala keuntungan yang perolehi Syarikat adalah keuntungan MAIK, begitu juga sebaliknya.

  5. Teras kegiatan yang boleh diceburi oleh syarikat adalah sangat banyak. Walaubagaimanapun, buat masa kini syarikat hanya menumpukan perhatian sepenuhnya pada pengurusan semula harta-harta MAIK

AKTIVITI SYARIKAT

  1. Kegiatan utama syarikat adalah dalam bidang pengurusan hartanah khususnya dalam urusan kutipan sewa, perjanjian sewa dan pembangunan.

  2. Selain itu, syarikat juga menjalankan kerja-kerja pemindahan dan pengkebumian semula kubur-kubur Islam di sekitar negeri Kedah.

    

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017
Ezyweb Content Management System