Bagaimanakah pembahagian harta pusaka isteri yang meninggal dunia?
Menurut hukum pembahagian harta pusaka, waris-waris yang berhak mendapat harta pusaka simati (isteri) ialah :
- 5/12 bahagian adalah untuk ibu,
- 1/6 bahagian untuk bapa,
- 1/6 bahagian untuk suami dan
- anak lelaki 5/12 bahagian baki Asobah (lebih daripada pembahagian di atas).
- Harta-harta berbentuk aset perlu dinilai dan dibahagikan mengikut bahagian faraid mengikut nilaian semasa aset.
Walaubagaimanapun, perakuan keputusan faraid boleh diperolehi melalui permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah berkenaan.
Apakah jenis bantuan yang tidak disediakan oleh Baitulmal Negeri Kedah?
- Perkahwinan
- Pembinaan dan baik-pulih rumah.
- Menjelaskan bil-bil yang tertunggak seperti :
- Bil Air
- Bil Elektrik
- Bil Telefon
Adakah Baitulmal Negeri Kedah Menyediakan Bantuan Pengajian Diperingkat Ijazah Sarjana?
Tiada.
Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Baitulmal Negeri Kedah?
- Bantuan Kecacatan Dan Kesihatan
- Bantuan Bencana Alam
- Bantuan Penyelenggaraan Jenazah Orang Islam Yang Tidak pewaris
- Bantuan Menganjurkan Seminar/ Bengkel /Simposium Dan Sebagainya
- Bantuan Untuk Menganjurkan Aktiviti-Aktiviti Dakwah
- Bantuan Hari Raya
- Bantuan Kepada Sekolah-Sekolah Cacat
Dari Manakah Baitulmal Mendapat Sumber Pendapatan?
Harta Peninggalan simati : Harta lebihan faraid samada berbentuk tanah, bangunan dan wang akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaan seperti berikut :
- Tiada pewaris yang berhak menerimanya.
- Pewaris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masih terdapat baki daripada harta pusaka.
- Harta Luqatah (harta tercicir) berupa wang dan barang-barang berharga.
- Wang faedah bank yang tidak mematuhi syarie, hasil hutang yang tidak dapat dikesan pemiutang dan sebagainya.
- Sumbangan orang ramai untuk kemaslahatan masyarakat Islam.