• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

FIDYAH DAN KAFFARAH

  1. Bolehkah fidyah dibayar terus kepada anak yatim?

    Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.

  2. Adakah wajib bagi seorang anak mengqada puasa bagi seorang ibu atau ayahnya yang sakit tua dan nyanyuk?

    Tidak perlu mengqadakan puasa bagi ibu atau ayah yang uzur, namun boleh membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkannya.

  3. Bagaimanakah pengiraan bagi bayaran fidyah?

    Bilangan hari x 1 cupak beras x tahun gandaan

  4. Berapakah kadar timbangan 1 cupak beras untuk bayaran fidyah di Negeri Kedah?

    1 gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg, dan satu cupak bersamaan 650gram (satu cupak dinilai bersamaan ¼ daripada 1 gantang Baghdad)

    Harga beras bagi sukatan adalah mengikut harga pasaran semasa.Sebagai contoh, harga zakat fitrah tahun 1437H bagi satu gantang beras adalah RM7.00, Oleh itu 1 cupak (650gram) beras bagi tahun 1437H adalah RM1.75.(sumber cabutan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah 27 Julai 2015 bersamaan 11 Syawal 1436)

  5. Bagaimanakah cara membayar fidyah bagi orang tua yang tidak berupaya berpuasa dan bilakah masanya fidyah itu perlu dibayar?

    Sekiranya tidak mampu berterusan, hendaklah membayar fidyah sebaik sahaja selepas Ramadhan berlalu. Jika sekiranya tidak berupaya ketika itu sahaja, kemudian selepas itu dia mampu melakukannya, hendaklah qadha puasa tersebut dan sekiranya melangkaui tahun hendaklah qadha dan membayar fidyah.

  6. Setelah qadha puasa, adakah waris si mati perlu juga untuk membayar fidyah?

    Setelah selesai mengqadha puasa si mati, ini bermakna waris sudah tidak perlu untuk membayar fidyah puasa lagi untuknya.

  7. Bagi kaffarah zihar, adakah dibolehkan untuk tidak mengikut turutan kaffarah yang diwajibkan?

    Mengikut pandangan jumhur ulamak, kaffarah terbabit bukanlah pilihan tetapi ia mengikut urutan.

  8. Sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk menunaikan kaffarah nazar mengikut urutan, apakah yang perlu dilakukannya?

    Jika tidak mampu menunaikan kaffarah nazar mengikut urutan, maka hendaklah menunaikan pilihan berpuasa selama tiga hari.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 12 Oktober 2017
Ezyweb Content Management System