• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Visi, Misi & Objektif

VISI

‘Menjadi peneraju tersohor di dalam pembuatan dasar dan pentadbiran agama Islam Negeri menjelang tahun 2019 demi kesejahteraan dan pembangunan ummah Islam’.

MISI

Misi MAIK ialah ke arah ‘Membuat dasar dan mentadbir urus hal ehwal agama Islam bagi mempertingkat kesejahteraan dan pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam ’ melalui:

  1. Tadbir urus yang cemerlang.

  2. Pengurusan sumber-sumber secara efektif, inovatif dan optima.

  3. Penggunaan teknologi dan perkongsian maklumat secara efektif dan komprehensif.

  4. Pendidikan, bimbingan dan dakwah yang berkesan.

  5. Jalinan dan kerjasama strategik secara dalam dan luaran yang terancang.

  6. Penyelidikan dan inovasi yang menepati keperluan.

OBJEKTIF

  1. Memastikan dasar-dasar Hal Ehwal Islam dilaksanakan dan undang-undang Islam dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.

  2. Mewujudkan sistem pengurusan Islam yang menggunakan teknologi maklumat terkini di dalam aktiviti pentadbiran.

  3. Merancang projek pembangunan dan merancang program bagi meningkatkan lagi ekonomi umat Islam.

  4. Merangka program dakwah ke arah mewujudkan perpaduan  dan kesedaran dalam menjaga kepentingan umat Islam.

  5. Mengadakan program ilmiah di dalam sistem pendidikan dan bantuan kewangan kepada pendakwah yang terpilih.

  6. Menyusun dan merangka projek serta program pembangunan hartanah Wakaf dan Baitulmal secara optimum.

  7. Memastikan setiap pemberian bantuan mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017
Ezyweb Content Management System