• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Pengenalan

Pengenalan

Bahagian Kewangan dan Pelaburan diketuai oleh seorang Akauntan. Bahagian ini dibahagikan kepada tiga unit utama iaitu Unit Hasil dan Perbelanjaan, Unit Akaun dan Pelaburan dan Unit Aset dan Stor.


Peranan

Bahagian Kewangan dan Pelaburan berperanan untuk :

  1. Mentadbir urus pendapatan daripada Geran Kerajaan Negeri, hasil sewa daripada harta alih dan tak alih, kutipan serta keuntungan pelaburan dan perbelanjaan selaras dengan peruntukan mengikut peraturan yang dibuat di bawah Enakmen 2008 berlandaskan Hukum Syarak.

  2. Menyedia laporan penyata kewangan yang menunjukkan anggaran semua pendapatan dan perbelanjaan Majlis tidak lewat daripada 31hb Oktober setiap tahun bagi menjelaskan kedudukan kewangan sebenar Majlis kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.


Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan Bahagian Kewangan dan Pelaburan MAIK menetapkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi untuk memastikan khidmat yang diberi kepada pelanggan adalah cekap dan memuaskan :

  1. Menyedia dan mewartakan Penyata Kewangan Taunan yang telah diaudit kepada “Stakeholders” utama selewat-lewatnya pada 1 Ogos tahun berikutnya.

  2. Mengeluar cek pembayaran kepada pembekal dan masyarakat Islam Negeri Kedah dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

  3. Mengeluar resit pembayaran kepada pembayar bagi setiap bayaran yang dibuat dengan serta merta.

  4. Menyedia peruntukan yang dipohon oleh setiap bahagian dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

  5. Membayar elaun perjalanan dan lebih masa kepada kakitangan sebelum atau pada 15 haribulan pada bulan berikutnya selepas borang lengkap diterima.

  6. Memberi khidmat nasihat mengenai perlaksanaan prosedur kewangan kepada pihak Pengurusan MAIK secara berterusan.

  7. Membuat potongan gaji kakitangan dan mendepositkan kepada agensi-agensi berkaitan pada minggu pertama bulan berikutnya.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Jun 2017
Ezyweb Content Management System