• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Pengenalan

Pada tahun 2009, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah bersetuju untuk mewujudkan Unit Audit Dalam dalam jentera pentadbiran. Tujuan penubuhan Unit Audit Dalam bersesuaian dengan objektif Audit demi untuk mempertingkatkan lagi akauntabiliti dan ketelusan dalam operasi Majlis Agama Negeri Kedah.

Audit Dalam telah ditubuhkan sebagai satu Unit di Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan ia mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Bahagian ini  dianggotai oleh seorang Penolong Juruaudit Dalam yang dilantik secara rasmi pada 3 Januari 2011. Bagi menjamin beliau mempunyai kebebasan dalam menjalankan kerja audit dalaman, beliau melapor terus kepada Yang Dipertua MAIK.

FUNGSI

  1. Memeriksa segala harta benda, rekod dan fungsi Bahagian, Anak-anak syarikat milik MAIK serta PUSBA.

  2. Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan audit di Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

  3. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kecekapan dan keberkesanan proses pentadbiran serta mencadangkan penambahbaikan dalam bidang ini dan berkaitan.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 Ogos 2017
Ezyweb Content Management System