• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Pendahuluan

Sejarah penubuhan Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul (PUSBA) bermula apabila satu jawatankuasa bagi menangani gejala murtad dikalangan saudara baru telah membuat resolusi dengan mencadangkan satu pusat khusus diwujudkan bagi memberi pendidikan tentang ajaran Islam kepada saudara baru.

Mesyuarat Majlis telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) pada 8 Mac 1998 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 1999. Mesyuarat Majlis juga telah melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA bagi melicinkan perjalanan pentadbiran PUSBA.

Pada tahun 1999 hingga bulan September 2005, operasi pentadbiran PUSBA ditempatkan dibangunan kepunyaan Masjid Sultan Muzaffar Shah dan 2 kuarters bersebelahan Masjid  Sultan Muzaffar Shah telah digunakan untuk dijadikan asrama peserta lelaki dan perempuan, serta satu ruang dijadikan pejabat pentadbiran dan bilik kuliah untuk pengajian.

Kerajaan Negeri Kedah telah memberikan sebidang tanah seluas 1.6 hektar sebagai tapak tetap PUSBA bersebelahan dengan Kem 6 Briged di Sungai Petani. Projek pembinaan bangunan baru PUSBA ini telah bermula pada 21 April 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 14 Mei 2005 dengan kos sebanyak RM3,226,721.70 yang menggunakan peruntukan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada bulan Oktober 2005 pentadbiran PUSBA telah berpindah ke bangunan baru di Lot 2, Mukim Sungai Petani bersebelahan dengan Kem 6 Briged, Jalan Pegawai, Sungai Petani.

Pada tahun  2007, nama Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) telah ditukarkan kepada Pusat Bimbingan Islam (PUSBA). Pada 12 Ogos 2008, Pusat Bimbingan Islam PUSBA dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan telah ditukarkan nama kepada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Logo yang digunakan adalah logo berkonsepkan“Pucuk Rebung”.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 22 Jun 2017
Ezyweb Content Management System