• Facebook
  • RSS
  • Twitter
  • QR Code
  • You Tube
Header

Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan MAIK dirangka untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah berkualiti, menepati tadbir urus terbaik, dalam tempoh masa yang ditetapkan dan memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan seperti berikut:

Kami komited untuk menggubal, melaksana dan menyelaras pelaksanaan dasar Islam dan fatwa demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat Islam dengan professional, cekap dan berintegriti dalam tempoh masa yang dijanjikan. Secara khususnya, kami berjanji akan:

Pengurusan Baitulmal

  1. Meluluskan permohonan sewaan tanah Baitulmal dalam masa 2 minggu selepas permohonan lengkap diterima.
  2. Memproses borang 14A dalam tempoh 2 minggu selepas menerima bayaran penuh daripada pembeli.
  3. Memproses pembelian tanah pangguan Baitulmal daripada pemohon dalam tempoh 2 minggu selepas menerima nilaian semasa.
  4. Memproses permohonan bantuan dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan lengkap diterima.
  5. Memproses permohonan bantuan kecemasan dalam masa 30 minit selepas permohonan diterima.
  6. Mengurus permohonan bantuan pembaikan masjid dan surau dalam tempoh 45 hari selepas permohonan diterima.
  7. Memberi layanan dan khidmat nasihat mengenai skim-skim Tabung Amanah Baitulmal Kedah Kepada Pelanggan dalam masa 30 minit.
  8. Menerima bayaran dan mengeluarkan resit dalam tempoh 15 minit.

Pengurusan Wakaf

  1. Memproses permohonan wakaf melalui borang 14A dalam tempoh masa 2 bulan selepas permohonan diterima.
  2. Memproses permohonan wakaf melalui borang 12B dalam tempoh masa 4 minggu selepas permohonan diterima.
  3. Mengemukakan permohonan tanah kerajaan kepada Pejabat Tanah Daerah dalam tempoh 3 minggu selepas permohonan diterima.
  4. Memproses pengambilan tanah mengikut prosedur dan dalam tempoh 2 tahun.
  5. Memanjangkan permohonan penyewaan tanah kepada Syarikat Pengurusan Izzah Sdn Bhd dalam tempoh masa 1 minggu selepas permohonan diterima.
  6. Memproses permohonan pengeluaran hasil wakaf khas dalam tempoh 1 minggu selepas menerima permohonan.
  7. Menyediakan laporan tanah selepas lawatan tapak dibuat dalam masa 1 minggu.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 
Tel: +604 - 734 3755 Fax: +604 - 731 6634
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Penterjemahan Bing digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai dipaparkan menggunakan Internet Explorer 9.0 ke atas dengan resolusi 1280 x 768

Masa Capaian: saat
Kemaskini Terakhir: Khamis, 12 Oktober 2017
Ezyweb Content Management System