|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman yang ditubuhkan mengikut peruntukan Undang - undang Pentadbiran Agama Islam (Undang-Undang Negeri Kedah Nombor 9 Tahun 1962) mempunyai dasar, objektif dan strategi yang tertentu. Mengikut Undang-undang tubuh kerajaan Kedah Darul Aman (Nombor 32/1959 Seksyen 33 A) memperuntukan bahawa Agama Islam Negeri ialah Agama Islam Ali Sunnah Wal-Jamaah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dan diperuntukkan juga bahawa Majlis Agama Islam hendaklah menolong dan menasihati sultan.
Dengan ini, wujudlah Majlis Agama Islam sebagai penguatkuasa berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan Hal Ehwal Islam dan Jabatan Hal Ehwal sebagai badan yang akan melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis. Yang demikian, pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah dikendalikan oleh dua badan yang mempunyai hubungkait yang rapat. Tugas dan fungsi kedua-dua badan ini sering menyokong dan bertimbal balik.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah adalah berdasarkan Undang-Undang Negeri Kedah 1962 (Nombor 9/1962). Ianya bertujuan untuk menolong dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dalam perkara-perkara yang bersangkut paut dengan Agama Islam dalam negeri ini dan membuat dasar berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan Hal Ehwal Islam di Negeri Kedah Darul Aman.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pula merupakan sebuah agensi pelaksana dasar dan memberi pimpinan pentadbiran serta bertanggungjawab bagi menyediakan program, skim atau projek untuk pertimbangan Majlis bagi mengeluarkan panduan, dasar atau bahagian di jabatan dan pejabat-pejabat agama daerah serta menyelia dan mengawal pelaksanaan keputusan-keputusan tersebut. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bertanggungjawab mentadbir umat Islam di negeri ini di dalam semua hal dan juga untuk merancang, mengurus dan menyelaras segala dasar dan maklumat berhubung dengan Agama Islam disamping menentukan bahawa dasar tersebut dijalankan dengan cekap dan berkesan
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Membentuk satu sistem yang cekap dan berkesan untuk merancang pentadbiran agama Islam serta memperluaskan dakwah islamiah mengikut garis-garis yang ditentukan oleh kerajaan negeri dan pusat yang tidak bercanggah dengan dasar-dasar Majlis yang diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Mewujud dan menyelenggarakan satu sistem yang cekap dan berkesan dalam bidang pentadbiran keadilan mahkamah syariah
Mempergiatkan aktiviti-aktiviti dibidang ekonomi dengan membentuk satu sistem yang cekap dan berkesan untuk mentadbir dan mengurus harta-harta wakaf dan baitulmal
Menguatkuasakan dengan lebih berkesan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam serta memberi khidmat nasihat kekeluargaan serta memperkukuhkan lagi program organisasi pengajaran agama Islam semua peringkat
Memaju dan memperluaskan penglibatan masyarakat Islam dalam kegiatan Agama Islam dan kebajikan melalui pusat-pusat aktiviti kariah surau dan masjid |
||||||||||||||||||||||||||||||||||