04 - 734 3755
  maik@kedah.gov.my
Pengenalan kepada wakaf muamalat

Pengenalan


Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menjalinkan kerjasama pengurusan dana wakaf tunai dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bagi menggalakkan penyertaan dan sumbangan wakaf tunai daripada masyarakat bagi tujuan pembangunan ummah di negeri Kedah khususnya.


Objektif


  1. Wakaf Kedah Muamalat merupakan inisiatif bersama antara Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam mengumpulkan wakaf tunai daripada orang ramai dan korporat. Dana tersebut akan digunakan untuk membiayai projek-projek wakaf yang telah ditentukan atas persetujuan bersama.
  2. Kerjasama MAIK dan BMMB adalah melalui penubuhan jawatankuasa pengurusan bersama yang terdiri daripada wakil kedua-kedua pihak dan seorang pengerusi bebas.
  3. Melalui kerjasama ini, dana wakaf akan diagihkan ke projek-projek di bawah sektor pendidikan dan kesihatan.


Setiausaha


  1. Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bersama adalah dilantik daripada Setiausaha Korporat BMMB
  2. Antara tugas dan tanggungjawab Setiausaha JPB :

    • Bertanggungjawab menyelaras setiap mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa
    • Menyelaras penyediaan maklumat dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat untuk setiap mesyuarat
    • Menyediakan minit mesyuarat pada setiap mesyuarat yang telah dijalankan


Urusetia Bersama


Urusetia bagi Jawatankuasa ini adalah mewakili kedua-dua pihak iaitu BMMB dan MAIK Secara umumnya, Urusetia bertanggungjawab untuk :

  1. Mengumpul kertas-kertas cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berkenanaan;
  2. Mengedarkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa kepada pihak yang berkepentingan;
  3. Sebagai pemudahcara di antara Ahli Jawatankusa dan pihak-pihak yang berkenaan;
  4. Untuk memantau dan memastikan perlaksanaan semua keputusan-keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bersama;
  5. Membuat laporan-laporan berkaitan dengan pengurusan dana Wakaf Kedah Muamalat kepada Ahli Jawatankuasa dan lain-lain pihak yang diminta oleh Ahli Jawatankuasa secara berkala atau secara ‘ad hoc’



Pengurusan Dana


Dana WKM adalah dikhususkan untuk empat (4) sektor iaitu :

  1. Pendidikan
  2. Kesihatan
  3. Pelaburan
  4. Pemerkasaan Ekonomi


Cara Berwakaf


  1. Kaunter Bank Muamalat Malaysia Berhad
  2. Hibah daripada pelanggan Akaun Wadi’ah BMMB
  3. Arahan pembayaran berkala (PPI)
  4. Tunai
  5. Debit daripada akaun simpanan atau semasa
  6. Cek dalaman/ tempatan
  7. QR Code